Ahad, 10 Januari 2010

Pertandingan Perpustakaan Cawangan/Desa Cemerlang 2010 (Zon Selatan)

A'kum dan salam 1Malaysia,


Terlebih dahulu saya selaku Ketua Perpustakaan Awam Baling memanjatkan syukur atas kewujudan blog Perpustakaan Awam Baling. Walaupun blog ini agak terlewat kewujudannya tetapi ia tetap menjadi sejarah kepada Perpustakan Awam Baling.


Ingin saya menyentuh sedikit tentang Pertandingan Perpustakaan Cawangan/Desa Cemerlang 2010 (Zon Selatan). Hari ini Perpustakaan Awam Baling menerima surat berkenaan pertandingan tersebut dari Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK). Dengan hati yang terbuka, seluruh warga kerja Perpustakaan Awam Baling akan cuba sedaya upaya dalam menjayakan satu cetusan idea yang hebat dalam membantu setiap perpustakaan cawangan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada penduduk setempat.


Bermula hari ini, kerja-kerja untuk memastikan Perpustakaan Awam Baling menjadi yang terbaik Zon Selatan telah dimulakan. Untuk memastikan semua kakitangan terlibat dalam usaha ini, satu mesyuarat akan diadakan pada 12/01/2010 ini bagi membincangkan dan membagikan tugas kepada setiap kakitangan Perpustakaan Awam Baling.


Semoga usaha ini membuahkan hasil...


Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan